Soalan Lazim

e-kupon adalah sistem transaksi pembayaran tanpa tunai di sekolah-sekolah Malaysia. Sistem e-kupon lebih selamat dan memberi ganjaran kepada semua ibu bapa untuk memantau perbelanjaan anak-anak mereka. E-wallet yang terdapat di dalam aplikasi e-kupon ini akan berfungsi sebagai dompet elektronik anda. Anda boleh menambah nilai ke e-wallet anda sebanyak RM20, RM30, RM50 atau RM100 melalui kaedah perbankan dalam talian. Pastikan e-wallet anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum membuat sebarang pembelian.

Ya, ia percuma. Anda tidak perlu membayar untuk memuat turun aplikasi mudah alih e-kupon melalui Google Play atau App Store. Pembayaran hanya akan dibuat kepada anda apabila anda ingin membuat kad pintar untuk anak anda

Buat masa ini, e-kupon hanya terdapat di sekolah yang bersetuju memberi kerjasama dan mematuhi terma dan syarat yang telah kami sediakan untuk menggunakan aplikasi e-kupon dan sistem kad pintar dalam setiap pembelian di kafeteria sekolah. Kerjasama itu juga melibatkan persetujuan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah berkenaan.

A) Anda boleh menghubungi kami melalui: i) Telefon / Whatsapp: +6017 574 3446
ii) Untuk talian penjagaa kami, sila hubungi: 03 8211 2000 Waktu bekerja kami adalah dari Isnin hingga Jumaat , dari 9 pagi hingga 6 petang

B) Semua terma dan syarat penuh boleh diakses melalui laman web kami www.e-kupon.com.my

e-kupon membantu dalam mendidik anak anda tentang kemahiran kewangan seperti mengutamakan perbelanjaan. e-kupon juga boleh meningkatkan keselamatan kewangan dengan mengelak kes kehilangan wang semasa sesi persekolahan. Ibu bapa juga boleh memantau dan mengehadkan perbelanjaan harian anak-anak mereka melalui aplikasi e-kupon.

Pastikan sekolah anak anada telah berdaftar untuk menggunakan perkhidmatan e-kupon. Sterusnya, muat turun aplikasi e-kupon di Google Play atau Apple App Store. Untuk permohonan kad, buka aplikasi e-kupon > klik ‘Pelajar’ >’Daftar Pelajar’ > isi butiran yang diperlukan dengan lengkap > klik ‘Daftar’. Ikuti arahan seterusnya untuk membuat pembayaran. Permohonan akan diproses dan kad akan dihantar ke alamat rumah berdaftar dalam masa 14 hari waktu bekerja.

Setelah menerima permohonan yang lengkap, kad e-kupon akan dicetak dan dihantar ke alamat rumah selewatanya dalam masa 14 hari bekerja. Setelah kad diterima, status kad akan berubah daripada ‘Dalam penghantaran’ kepada ‘Aktifkan’. Sila klik ‘Aktifkan’ untuk mengaktifkan kad e-kupon anak anda dengan memasukkan nombor mykid.

Maklumkan kepada servis khidmat pelanggan dan kakitangan perlu menyemak semula dalam sistem. 

 
 
 

Tidak, anda hendaklah segera melaporkan kad hilang dan kad tersebut akan serta merta dinyahaktifkan. Bagi membuat laporan anda perlu: Klik ‘Pelajar’ > Klik butang ‘menu’ > Pilih ‘Kad hilang’,

Anda perlu hubungi khidmat pelanggan e-kupon bagi mendapatkan status kad. Sekiranya kad masih belum diproses, anda dibenarkan untuk mendapatkan bayaran semula. Sekiranya kad telah di proses, bayaran semula adalah tidak dibenarkan.

Anda hendaklah membuat laporan kad hilang. Bagi menyekat kad, and perlu: Klik ‘pelajar’ > Klik kad pelajar > Klik ‘Sekat Kad’. Bagi melapor kad hilang, and perlu: Klik ‘pelajar’ > Klik kad pelajar > Klik ‘menu’ > Pilih Kad Hilang

Bagi membuat tambah nilai, anda perlu megikut langkah tersebut: Klik baki e-dompet > Klik ‘Kad’ > Pilih kad > Pilih jumlah tambah nilai > Klik ‘Tambah Nilai’

Anda boleh klik ‘Laporan’ di laman hadapan bagi melihat baki kad e-kupon dimuat semula dan pembelian dibuat sebelum ini.

Wang yang telah ditransaksi ke kad pelajar boleh dipindahkan semula. Bagi memindahkan wang dari kad ke e-dompet, anda boleh mengikut langkah ini. Klik baki e-dompet (eg. RM 27.80) > Klik ‘kad’ > Klik ‘Pindahan’ > Klik ‘transaksi’ > Klik ‘pindah’

Kos untuk mendapatkan kad baharu ialah RM20 termasuk penghantaran.

Tempoh untuk penyediaan kad dan penghantaran dijangka mengambil masa 14 hari bekerja.

Kad dalam proses penghantaran melalui kurier. Kad tidak akan diterima di alamat daftar sehingga kurier menghantarnya kepada pelanggan.

Untuk mengemaskini status penerimaan kad, and boleh mengikut langkah ini: Klik ‘pelajar’ > Klik pada kad yang dipilih > Klik ‘Aktif Kad’

 

Nyahpaut kad jika kanak-kanak telah tamat sekolah dan pindah sekolah sahaja.

Kad yang telah diaktifkan boleh digunakan di sekolah yang telah berdaftar dengan e-kupon. Kad tersebut boleh digunakan di kantin sekolah untuk membuat sebarang pembelian makanan dengan cara mengimbas kad tersebut di terminal yang disediakan oleh pihak kantin.

Nombor kad siri ialah nombor kad siri untuk pelajar dan boleh di dapati di hadapan kad fizikal.

Anda perlu memaklumkan kerosakan kad tersebut kepada khidmat pelanggan. Kad yang rosak akan digantikan dengan kad yang baharu. Kad yang diganti tidak perliu dibuat bayaran semula. Ciri-ciri kad yang rosak ialah tidak dapat mengimbas semasa proses pembelian, tidak mengeluarkan bunyi imbasan semasa kad imbasan, dan wang dalam kad tidak dipotong selepas mengimbas kad.

Pelajar hanya dibenarkan menggunakan kad baharu sahaja. Walaupun anda mempunyai kad yang baharu dan yang lama, hanya kad baharu sahaja yang akan aktif. Kad baharu tidak boleh dipulangkan semula untuk bayaran semula.

Tidak, anda tidak boleh mengubah suai kad kerana ia berkemungkinan akan merosakkan kad. Kad yang dirosakkan tidak akan diganti dan anda perlu memohon kad yang baharu.

Tidak dibenarkan menggunakan kad yang sama untuk adik beradik seterusnya. Ibu bapa perlu membeli kad baru.

Bagi membatalkan pesanan yang telah dibuat, anda boleh mengikut langkah ini: Klik ‘kantin’ > Klik ‘rekod pesanan’ > Pilih tarikh > Klik ‘batalkan pesanan’

Pembatalan pesanan hanya boleh dilakukan sehari sebelum pelajar menerima makanan mereka.

Terdapat dua cara untuk membeli makanan iaitu menggunakan kad atau menggunakan pembayaran QR (imbas kod QR di kantin).

Pelajar boleh membeli makanan secara bersemuka menggunakan kad e-kupon atau ibu bapa boleh menghubungi kantin sekolah untuk membuat tempahan bergantung kepada kantin sekolah

Jika pesanan yang dibatalkan dibuat sehari sebelum anak-anak mendapat makanan mereka, ibu bapa akan mendapatkan kembali wang mereka.

Ya, ibu bapa masih boleh mendapatkan bayaran semula dengan membuat laporan. Bagi membuat laporan, anda boleh mengikuti langkah ini:

Anda boleh mendapatkan bayaran semula dengan membuat laporan atau hubungi khidmat pelanggan e-kupon. Pihak e-kupon akan membuat pengesahan dengan kantin sebelum memulangkan wang anda.

Ya, pelajar boleh membeli makanan secara bersemuka dengan menggunakan kad yang aktif.

Bagi membuat pra-pesanan makanan, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik pada ‘Kantin’ > pilih ‘Pra Pesanan ‘.

Anda perlu membuat laporan atau hubungi khidmat pelanggan e-kupon untuk pengesahan lanjut bagi mendapatkan bayaran semula

Menu pra pesanan adalah bergantung kepada pihak kantin sekolah. Pihak kantin akan menetapkan menu dan anda boleh membuat pra pesanan di aplikasi e-kupon.

Terdapat dua kaedah pembayaran iaitu dengan bayaran menggunakan e-dompet atau menggunakan kad. Bayaran e-dompet ialah bayaran dalam talian dan bayaran kad ialah bayaran bersemuka.

Bagi menambah nilai e-dompet, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik baki e-dompet > Klik ikon ‘+’ > Pilih nilai yang hendak ditambah atau menggunakan baucar tambah nilai

Bagi menambah nilai kad e-kupon, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik ‘Pelajar’ > Pilih ad pelajar > Klik ‘Tambah Nilai’ > Pilih nilai yang hendak ditambah

Jumlah minimum pemindahan e-dompet ialah sebanyak RM20

Kad-kad pelajar yang berdaftar dibawah satu akaun ibu bapa boleh berkongsi baki antara satu sama lain.Bagi berkongi baki kad, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik ikon ‘>’ > Klik ‘kongsi baki’ >Pilih kad > Masukkan nilai untuk dipindahkan > Pilih kad untuk pindahkan wang > Klik ‘kongsi baki’

‘Bayaran QR’ merupakan kaedah pembayaran menggunakan kod QR yang akan diimbas bagi membuat bayaran. Bagi menggunakan Pembayaran QR anda boleh ikut langkah ini: Klik ‘Bayaran QR’ > Pamerkan QR pada kantin / kedai buku > Jumlah baki e-dompet di tolak atau Klik baki e-dompet > Pilih ‘Pembayaran QR’ > Pamerkan QR pada kantin / kedai buku > Jumlah baki e-dompet di tolak

Baki e-dompet dipaparkan di laman utama aplikasi e-kupon di bawah teks ‘Baki e-dompet’.

Sekiranya baki e-dompet anda tidak dikemas kini selepas tambah nilai, anda boleh nengikuti langkah ini: 1. Sila kemas kini aplikasi mudah alih e-kupon ke dalam versi terkini, dan semak semula baki e-dompet anda.2. Jika isu masih tidak dapat diselesaikan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui nombor talian hotline kami di 03-8211 2000, dan nyatakan butiran akaun anda.

Sekiranya anda tidak boleh menambah nilai e-dompet, anda boleh nengikuti langkah ini: 1. Sila kemas kini aplikasi mudah alih e-kupon ke dalam versi terkini, dan semak semula baki e-dompet anda.2. Jika isu masih tidak dapat diselesaikan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui nombor talian hotline kami di 03-8211 2000, dan nyatakan butiran akaun anda.

Tidak. anda diminta untuk mengemas kini kelas pelajar sejurus selepas pelajar naik darjah atau bertukar kelas.

Tidak, e-kupon merupakan aplikasi yang menggunakan transaksi tanpa tunai yang berpaut dengan kad pintar bagi membuat pembelian. e-kupon hanya terhad untuk penggunaan di sekolah sahaja.

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan e-kupon melalui: i) Telefon / Whatsapp: +6017 574 3446 ii) Untuk talian penjagaan kami, sila hubungi: 03 8211 2000. Waktu bekerja kami adalah dari Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 6 petang B) Terma dan syarat e-kupon boleh diakses melalui laman web kami www.e-kupon.com.my

Tujuan had baki minimum adalah memberitahu ibu bapa bahawa akaun e-kupon anak telah habis.

Tidak, hanya ibu bapa boleh memantau kewangan pelajar. Guru hanya boleh melihat kehadiran pelajar sahaja.

Bagi memberi sebab atas ketidakhadiran pelajar, anda boleh: Klik ‘kehadiran’ > Pilih kad pelajar >Klik’nyatakan sebab tidak hadir’ > Pilih tarikh > Pilih sebab dan dokumen >Klik ‘hantar’

Fungsi notifikasi adalah untuk memberi peringatan perkara penting berkaitan e-kupon.

Bagi membuat sumbangan, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik ‘Yuran dan Dana’ > Pilih ‘Dana’ > Pilih dana yang hendak disumbang > Membuat sumbangan.

Fungsi kehadiran adalah untuk merekod kehadiran pelajar ke sekolah. Jika tidak hadir ke sekolah, ibu bapa mesti menyatakan alasan yang munasabah di aplikasi e-kupon.

Fungsi kedai buku adalah untuk membeli alat tulis dan buku di kedai koperasi sekolah.

Pengumuman akan dipaparkan di laman utama aplikasi e-kupon. Pengumuman akan diberi oleh oleh pihak sekolah, guru dan kantin

Bagi log keluar daripada aplikasi e-kupon, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik menu bar sisi >Pilih ‘log keluar’

Untuk memastikan jika tempahan yang dibuat telah direkodkan, anda perlu klik Kantin diikuti dengan Rekod Pesanan. Kemudian, anda perlu memastikan tarikh yang ditetapkan adalah untuk hari pelajar menerima pesanan. Jika tidak, anda boleh menukarnya pada kalendar.

Sekiranya anda lupa terlupa nama atau kata laluan, anda perlu imengikuti langkah ini: Klik ‘Lupa ID Pengguna/Kata Laluan > Tunggu pengesahan kod > Pilih pada ‘Tukar Kata Laluan’ > Masukkan kata laluan baharu > Kejayaan penukaran kata laluan

Bagi mendaftarkan pelajar, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik ‘pelajar’ > Klik ‘daftar pelajar’

Makna negatif baki adalah mungkin pelajar tidak mempunyai wang yang cukup dalam kad mereka.

Untuk waktu ini, e-kupon kad hanya boleh digunakan di kantin sekolah bagi sekolah-sekolah yang berdaftar dengan e-kupon sahaja.

Ya, anda boleh menetapkan kadar perbelanjaan harian. Bagi menetapkan kadar perbelanjaan harian pelajar, anda boleh mengikuti langkah ini: Klik ‘Pelajar’ > Pilih kad pelajar > Tetapkan had perbelanjaan harian > Klik ‘Kemaskini’

Tujuan peringatan pesanan masa adalah untuk memberitahu ibu bapa bahawa masa untuk membeli pesanan hampir tamat.

Ya, ibu bapa boleh menggunakan akaun yang sama sekiranya mereka mempunyai anak yang baru didaftarkan untuk menggunakan ekupon.

Ini mungkin kerana pelayan terputus di Halaman SenangPay.Anda juga boleh membuat pembayaran melalui platform lain seperti kad visa, atau pembayaran e-Dompet(boost,touch n go etc)

Tarikh Kuat Kuasa: 29 May 2025

Dokumen ini menggariskan terma dan syarat (“Polisi”) yang terpakai kepada semua e-kupon (“Kupon Elektronik”) yang dikeluarkan oleh EKUPON SDN. BHD. (“Syarikat”, “Kami”). Untuk tujuan Polisi ini, istilah ‘e-kupon’ merujuk kepada produk kupon elektronik Syarikat. Dengan membeli atau menggunakan e-kupon, atau dengan mengambil bahagian dalam sebarang proses pembelian semula e-kupon oleh Syarikat, anda (“Pengguna”, “Anda”) bersetuju untuk mematuhi Polisi ini.

  1. Sifat e-kupon

1.1 e-kupon adalah satu bentuk nilai prabayar yang dibeli oleh Pengguna daripada Syarikat (contohnya, pada kadar RM1.00 untuk 1 unit e-kupon). Fungsi utamanya adalah sebagai kredit untuk pembelian produk makanan atau perkhidmatan lain yang layak seperti yang dinyatakan oleh Syarikat di platform kami (iaitu aplikasi mudah alih e-kupon dan laman web e-kupon.com.my)

1.2 Setiap e-kupon akan mempunyai nilai muka yang sepadan dengan pembeliannya, tempoh sah laku (jika ada), dan syarat penggunaan khusus yang akan dinyatakan semasa pembelian, bersama e-kupon tersebut, atau dalam promosi yang berkaitan. 

1.3 Walaupun tujuan utama e-kupon adalah untuk penebusan barangan atau perkhidmatan, Syarikat, atas budi bicara mutlaknya, boleh menawarkan untuk membeli semula baki e-kupon yang belum digunakan daripada Pengguna tertakluk kepada terma dan syarat dalam Polisi ini, khususnya Seksyen 4.

  1. Penebusan e-kupon (Untuk Pembelian Barangan/Perkhidmatan)

2.1 e-kupon hanya sah digunakan untuk membuat pembayaran bagi produk makanan atau perkhidmatan lain yang ditetapkan oleh Syarikat di platform yang dinyatakan. 

2.2 Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan e-kupon digunakan sebelum tamat tempoh sah lakunya, jika dinyatakan. e-kupon yang telah tamat tempoh (jika tempoh sah laku ditetapkan) tidak lagi sah untuk penebusan dan nilainya tidak akan dipulihkan atau dibeli semula, melainkan diputuskan sebaliknya oleh Syarikat. 

2.3 Melainkan dinyatakan sebaliknya, e-kupon mesti digunakan sepenuhnya dalam satu transaksi. Jika nilai pembelian kurang daripada nilai e-kupon, sebarang baki tidak akan dikembalikan dalam bentuk tunai atau disimpan sebagai kredit, melainkan sistem Syarikat secara eksplisit menyokong penyimpanan baki. 

2.4 Sekiranya nilai pembelian melebihi baki nilai e-kupon, Pengguna hendaklah membayar perbezaan tersebut menggunakan kaedah pembayaran lain yang diterima oleh Syarikat. 

2.5 Syarikat berhak untuk mengesahkan kesahihan e-kupon dan menolak penebusan jika terdapat syak wasangka munasabah terhadap penipuan, pemalsuan, atau penggunaan yang tidak sah.

  1. Sekatan Utama e-kupon

3.1 Pertukaran kepada Wang Tunai dan Pembelian Semula oleh Syarikat: 

  1. e-kupon tidak boleh ditukar secara terus kepada wang tunai oleh Pengguna sebagai satu hak automatik. 
  2. Walau bagaimanapun, Syarikat, atas budi bicara mutlaknya, boleh pada bila-bila masa memilih untuk menawarkan pembelian semula baki e-kupon yang belum digunakan daripada Pengguna. 
  3. Harga pembelian semula akan ditentukan sepenuhnya mengikut budi bicara Syarikat dan boleh jadi sama dengan nilai muka e-kupon atau pada kadar yang lebih rendah. Persetujuan Pengguna terhadap harga pembelian semula adalah diperlukan sebelum transaksi pembelian semula dilaksanakan. 

3.2 Tidak Boleh Dipindah Milik (Melainkan Dinyatakan Sebaliknya): Melainkan dibenarkan secara nyata oleh Syarikat (contohnya, melalui fungsi hadiah dalam sistem), e-kupon adalah untuk kegunaan Pengguna yang membelinya sahaja dan tidak boleh dipindah milik, dijual, atau diserahkan kepada pihak ketiga. 

3.3 Bukan Untuk Dijual Semula Secara Tidak Sah: Pengguna tidak dibenarkan menjual semula e-kupon kepada pihak ketiga untuk mendapatkan keuntungan atau atas tujuan komersial lain tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat.

  1. Pembelian Semula e-kupon oleh Syarikat

4.1 Proses Umum Pembelian Semula oleh Syarikat: 

  1. Syarikat tidak berkewajiban untuk membeli semula e-kupon daripada Pengguna. 
  2. Jika Syarikat memutuskan untuk menawarkan pembelian semula e-kupon, tawaran tersebut akan dibuat atas budi bicara mutlak Syarikat. Ini boleh diumumkan melalui saluran komunikasi rasmi Syarikat atau ditawarkan secara terus kepada Pengguna tertentu. 
  3. Terma dan syarat spesifik untuk setiap tawaran pembelian semula, termasuk harga/kadar pembelian semula, tempoh sah tawaran, cara permohonan, dan proses pembayaran, akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Syarikat pada masa tawaran dibuat. 
  4. Pengguna yang ingin e-kupon mereka dibeli semula mesti bersetuju dengan terma dan syarat pembelian semula yang ditetapkan oleh Syarikat, termasuk harga yang ditawarkan. 

4.2 Permohonan Pertimbangan Khas untuk Pembelian Semula oleh Pengguna: 

  1. Dalam keadaan tertentu dan luar biasa, Pengguna boleh mengemukakan permohonan kepada Syarikat untuk mempertimbangkan pembelian semula baki e-kupon mereka. Keadaan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: 
  2. Pelajar (jika e-kupon digunakan dalam konteks sekolah) tamat persekolahan secara rasmi. 
  3. Pelajar berpindah ke sekolah lain yang tidak menggunakan sistem e-kupon Syarikat. iii. Sekolah tempat pelajar belajar secara rasmi menamatkan penggunaan sistem e-kupon Syarikat secara keseluruhan. 
  4. Sebab-sebab lain yang munasabah dan boleh diterima oleh Syarikat. 
  5. Untuk permohonan di bawah klausa ini, Pengguna mesti mengemukakan permohonan rasmi beserta bukti yang kukuh dan relevan kepada khidmat pelanggan Syarikat. 
  6. Keputusan untuk meluluskan permohonan pembelian semula, serta penentuan harga/kadar pembelian semula, adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara mutlak Syarikat. Tiada jaminan bahawa setiap permohonan akan diluluskan atau akan dibeli semula pada nilai muka penuh. 

4.3 Pemulihan Nilai e-kupon (Alternatif kepada Pembelian Semula Tunai): Dalam sesetengah keadaan (contohnya, kesilapan teknikal kecil yang menghalang penebusan e-kupon untuk barangan/perkhidmatan), Syarikat boleh, mengikut budi bicaranya, memilih untuk memulihkan nilai e-kupon (seperti mengeluarkan semula e-kupon atau mengkreditkan semula ke akaun Pengguna) dan bukannya menawarkan pembelian semula secara tunai. 

4.4 Keperluan Undang-Undang: Sekiranya terdapat peruntukan undang-undang Malaysia yang secara mandatori menghendaki Syarikat untuk membuat bayaran balik tunai atau pembelian semula dalam keadaan tertentu yang tidak dilindungi oleh Polisi ini, Syarikat akan mematuhi peruntukan undang-undang tersebut. Terma pembelian semula dalam kes sedemikian akan sejajar dengan kehendak undang-undang.

  1. Pembatalan dan Penggantungan e-kupon oleh Syarikat

Syarikat berhak untuk menyiasat, menggantung, atau membatalkan mana-mana e-kupon tanpa tawaran pembelian semula atau pemulihan nilai, jika Syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa e-kupon tersebut diperoleh atau digunakan secara menipu, menyalahi undang-undang, atau melanggar mana-mana peruntukan dalam Polisi ini.

  1. Terma Pembelian Asal e-kupon

Terma dan syarat tambahan berkaitan proses pembelian asal e-kupon oleh Pengguna (seperti kaedah pembayaran, had pembelian, dll.) akan dinyatakan semasa proses pembelian dan adalah sebahagian daripada keseluruhan perjanjian Pengguna dengan Syarikat.

  1. Pindaan Polisi

Syarikat berhak untuk meminda, mengubah suai, menambah, atau memadam mana-mana bahagian daripada Polisi ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa serta-merta selepas disiarkan di laman web Syarikat atau dimaklumkan kepada Pengguna melalui saluran lain yang sesuai. Pembelian atau penggunaan berterusan e-kupon, atau penyertaan dalam proses pembelian semula selepas sebarang perubahan tersebut, menandakan penerimaan anda terhadap Polisi yang dipinda.

  1. Had Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang: 

  1. Liabiliti Syarikat berkaitan dengan pembelian asal atau penggunaan e-kupon untuk barangan/perkhidmatan tidak akan melebihi nilai muka e-kupon yang dipertikaikan yang telah dibayar oleh Pengguna. b. Dalam hal pembelian semula e-kupon oleh Syarikat, liabiliti Syarikat tidak akan melebihi harga pembelian semula yang telah dipersetujui dan dibayar oleh Syarikat. c. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian tidak langsung, sampingan, khas, atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan, atau urus niaga pembelian semula e-kupon.
  2. Undang-Undang Tadbiran

Polisi ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Polisi ini akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

  1. Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi e-kupon ini, termasuk mengenai proses pembelian semula, sila hubungi khidmat pelanggan kami di [email protected] atau +603-82112000.