MY IRC SDN. BHD. (seterusnya, “MY IRC”, atau “kami”) (No. Syarikat 1326202-V) menghargai privasi dan kami komited dalam melindungi Maklumat Peribadi (seperti yang didefinisikan di bawah), yang disimpan oleh kami, selaras dengan undang-undang yang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010), Notis Privasi ini, dan Terms of Use kami (“Syarat Penggunaan”). Bagi mengelakkan keraguan, melainkan jika konteksnya menyatakan sebaliknya, perkataan-perkataan yang digunakan dalam Dasar Privasi ini mempunyai erti yang sama dengan perkataan-perkataan yang ditetapkan dalam Syarat Penggunaan. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Maklumat Peribadi anda yang dikumpul oleh kami melalui muat-turun dan pengunaan aplikasi e-kupon di telefon pintar dan aplikasi peranti mudah alih (“App”), pengunaan dan pengaksesan laman web https://www.e-kupon.my (“Laman Web”) (secara kolektif, bersama dengan App, “Platform”) dan semua kandungan, produk, perkhidmatan dan fungsi yang terdapat di atau melalui Aplikasi dan Laman Web (secara kolektif, bersama-sama Platform, “Perkhidmatan”). Dasar Privasi ini menerangkan:
Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi bahasa lain, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma Dasar Privasi ini, dan anda akan dianggap sebagai telah memberi keizinan terhadap pengumpulan, penggunaan dan penzahiran terhadap maklumat peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.
“Maklumat Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda atau yang membolehkan seseorang untuk mengenal pasti anda, termasuk, sebagai contoh, nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat mengenai transaksi anda dengan perkhidmatan ini seperti mata ganjaran, baki akaun mata ganjaran, sejarah penebusan, dan aktiviti akaun serta maklumat anda yang bukan umum yang berkaitan atau dikaitkan dengan maklumat yang disebut di atas. “Maklumat Tanpa Nama” bermaksud maklumat yang tidak berkaitan dengan atau dikaitkan dengan Maklumat Peribadi anda, termasuk, maklumat agregat. Maklumat Tanpa Nama tidak, dengan sendirinya, membenarkan pengenalan seseorang. Untuk membolehkan kami membekalkan perkhidmatan ini, kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul, merakam, memegang, mengguna, menzahir dan menyimpan (iaitu “memproses”) maklumat peribadi dan maklumat tanpa nama, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
(a) Maklumat yang anda berikan kepada kami melalui hubungan anda dengan kami, tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang anda berikan sewaktu menggunakan perkhidmatan ini, sewaktu berinteraksi dengan peniaga, sewaktu mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan atau promosi. Contohnya termasuk:
(b) Maklumat yang dikumpul oleh teknologi melalui pelantar. Sebagai contoh:
(c) Maklumat daripada pihak ketiga atau pihak lain yang telah mendapat izin anda untuk menzahirkan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau yang tidak dilarang.
(d)Maklumat daripada anda tentang pihak lain dalam situasi di mana anda menjemput pihak ketiga untuk mencipta Akaun e-kupon. Kami akan mengumpul nama anda dan alamat e-mel untuk menghantar e-mel dan membuat susulan dengan pihak ketiga.
(a) Pengunaan Am atau yang dikumpul oleh teknologi. Selain daripada cara yang diterangkan di atas, kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda sama ada untuk memberi respon kepada permintaan anda, atau untuk membantu kami dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik, sama ada atau tidak melalui kaedah-kaedah teknologi untuk satu atau lebih daripada tujuan yang berikut:
(b) Mencipta Maklumat Tanpa Nama. Kami juga mungkin tidak akan menyiarkan atau mengagregatkan maklumat peribadi anda dengan mengecualikan maklumat (seperti nama anda) yang membuatkan data tersebut dikenali. Maklumat Tanpa Nama ini mungkin akan digunakan untuk memperibadikan perkhidmatan ini, termasuk untuk mengarahkan iklan-iklan tertentu lebih relevan kepada anda atau untuk menganalisis permintaan dan corak penggunaan supaya kami boleh meningkatkan kandungan perkhidmatan ini dan meningkatkan navigasi pelantar atau untuk mana-mana kaji selidik pasaran yang berkaitan, sama ada secara dalaman atau melalui pihak ketiga.
Tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai kepada kami dan gabungan kami (seperti yang ditakrifkan di bawah) (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), kami boleh menzahirkan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di bawah dan di bahagian lain Dasar Privasi ini:
(a) Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga. Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia
(b) Ahli Gabungan dan Pemerolehan. Kami mungkin berkongsi sebahagian atau semua maklumat peribadi anda dengan pengusaha bersama kami, atau syarikat-syarikat lain di bawah kawalan yang sama (“Affiliate“), di mana kami akan memerlukan gabungan kami untuk menghormati Dasar Privasi ini.
(c) Rangkaian Sosial (SNS). Perkhidmatan ini mungkin, dengan keizinan anda, akan secara automatik menghantar, maklumat pada profil SNS anda berdasarkan aktiviti-aktiviti terbaru anda (cth., anda menggunakan kupon untuk membeli tiket filem yang terbaru). Sila lihat bahagian mengenai Laman Web Pihak Ketiga di bawah untuk maklumat lanjut.
(d) Kami Tidak Berkongsi Maklumat Peribadi dengan Pengiklan, tetapi kami, bagaimanapun, membenarkan pengiklan untuk meminta maklumat peribadi pengguna supaya iklan mereka ditujukan kepada pengguna tertentu. Sekiranya anda berinteraksi dengan iklan tertentu, pengiklan (atau syarikat yang bekerjasama dengan pengiklan, sebagai contoh, agensi pengiklanan atau rangkaian pengiklanan) boleh menentukan ciri-ciri tertentu tentang anda.
(e) Pihak Ketiga yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana orang yang diarahkan oleh atau bersetuju oleh anda.
(f) Penasihat Profesional. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan penasihat profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat cukai, penasihat kewangan, juruaudit, broker insurans dll.
(g) Penzahiran lain. Tidak kira apa-apa pilihan yang anda buat mengenai maklumat peribadi anda, kami boleh menzahirkan maklumat peribadi jika kami percaya dengan niat baik bahawa penzahiran itu adalah perlu
Apabila anda klik pada pautan atau, dalam kes telefon pintar dan peranti mudah alih, meleret ke kiri untuk ke mana-mana laman web atau lokasi, anda akan meninggalkan perkhidmatan ini dan diarahkan ke laman web lain dan entiti lain yang mungkin mengumpul maklumat peribadi atau Maklumat Tanpa Nama anda. Kami tidak mempunyai kawalan, tidak menyemak, dan tidak boleh dipertanggungjawabkan, ke atas laman-laman web luaran atau kandungan mereka. Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada laman-laman web luaran atau kandungan mereka, atau kepada mana-mana pengumpulan data selepas anda klik pada pautan atau meleret ke kiri untuk ke laman-laman web luaran.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda juga akan dapat berhubung dengan perkhidmatan pihak ketiga dan SNS anda. Dengan mendaftar masuk SNS anda dari Platform kami, SNS anda akan memberikan kami token yang membenarkan mereka mengenal pasti kami ketika kami memohon, bagi pihak anda, untuk mengakses maklumat akaun anda atau untuk menghantar maklumat pada profil SNS anda. Anda boleh membatalkan akses kami kepada mana-mana SNS anda pada bila-bila masa dengan meminda tetapan yang sesuai melalui tetapan akaun SNS anda, walaupun pembatalan itu mungkin memberi kesan mengehadkan perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda. Di samping itu, apabila anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti tertentu dalam perkhidmatan ini, aktiviti-aktiviti tersebut mungkin dicatatkan secara automatik ke profil SNS anda. Anda akan dapat menghentikan fungsi ini pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke profil SNS anda dan memilih pilihan untuk menghentikan fungsi ini.
(a) Pilihan. Kami memberi anda pilihan mengenai pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat peribadi anda. Namun begitu, sekiranya anda enggan memberikan apa-apa maklumat peribadi yang penting kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan/permintaan anda (sebagai contoh untuk pendaftaran), anda mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau membekalkan anda dengan perkhidmatan ini. Dari semasa ke semasa, kami akan menghantar risalah dan e-mel percuma yang mempromosikan penggunaan perkhidmatan ini. Apabila anda menerima risalah atau komunikasi promosi daripada kami, anda boleh menyatakan pilihan untuk berhenti menerima komunikasi lanjutan daripada kami dan anda akan mempunyai peluang untuk “memilih keluar” dengan mengikuti arahan “unsubscribe” yang disediakan dalam e-mel yang anda terima, dengan menamatkan akaun e-kupon anda atau dengan menghubungi kami secara langsung (sila lihat maklumat untuk menghubungi kami di bawah). Walaupun anda telah menyatakan kehendak e-mel anda, anda tidak boleh memilih untuk keluar daripada komunikasi yang berkaitan dengan terma dan syarat perkhidmatan ini, termasuk apa-apa perubahan kepada Syarat Penggunaan atau Dasar Privasi, melainkan anda menyahaktifkan penggunaan perkhidmatan ini.
(b) Perubahan kepada maklumat peribadi. Anda boleh mengakses atau menukar maklumat peribadi anda dalam simpanan atau kawalan kami melalui profil anda dalam akaun e-kupon anda. Sebarang permintaan akses untuk membetulkan maklumat peribadi mungkin tertakluk kepada pembayaran dan juga kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan. Kami mempunyai hak untuk menolak permintaan yang menjejaskan keselamatan dan privasi maklumat peribadi individu lain serta permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan niat baik. Selain itu, adalah penting untuk diambil perhatian bahawasanya maklumat peribadi yang direkod oleh sistem adalah tidak boleh diedit. Apabila kami memadam mana-mana maklumat, ia akan dihapuskan daripada pangkalan data yang aktif, tetapi mungkin kekal di dalam arkib kami. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin juga menyimpan maklumat anda untuk pencegahan pemalsuan (‘fraud‘) atau bagi tujuan yang serupa yang dikehendaki oleh undang-undang.
Kami boleh menyemak dan mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, dalam amalan perniagaan, prosedur dan struktur, dan perubahan dalam jangkaan privasi masyarakat. Versi terbaru Dasar Privasi akan disediakan dan boleh didapati pada pelantar.
Sekiranya kami berpendapat, mengikut budi bicara kami, bahawa mana-mana pindaan yang dibuat ke atas Dasar Privasi ini adalah substantif, notis pindaan tersebut akan disediakan di pelantar atau melalui apa-apa cara komunikasi yang lain yang difikirkan sesuai oleh kami, sebagai contoh, dengan menghantar kepada alamat e-mel terakhir yang anda berikan kepada kami. Sila ambil perhatian bahawa pada setiap masa anda adalah bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat peribadi anda dan memberi kami alamat e-mel terkini anda. Sekiranya alamat e-mel terakhir yang anda berikan kepada kami adalah tidak sah, atau untuk apa-apa sebab tidak mampu menerima notis yang dinyatakan di atas, penghantaran e-mel yang mengandungi notis tersebut oleh kami akan dianggap sebagai notis pemberitahuan yang berkesan terhadap perubahan yang dinyatakan dalam notis tersebut.
Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan dalam penggunaan maklumat peribadi anda, anda harus memberitahu kami dengan segera dan menyahaktifkan akaun e-kupon anda. Penggunaan berterusan Perkhidmatan kami, selepas notis tentang perubahan tersebut, menunjukkan pengakuan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut dan bahawa anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat perubahan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan Dasar Privasi ini atau bagaimana kami mengendalikan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi support@e-kupon.com.my